Leave a text ^^

Rabu, Oktober 9

LDR ( Long Distance Relationship )




Long Distance Relationship – LDR , merasa sangat sukar untuk mempertahankan keadaan hubungan mereka .LDR memang sukar, dan hanya mereka yang pernah menjalaninya yang boleh menggambarkan betapa sukarnya menahan rasa rindu untuk bertemu orang yang kita sayangi. Anda tidak boleh melihat wajahnya secara langsung, tidak boleh menggenggam tangannya, dan tidak boleh merasakan kehadirannya di sisi anda. Anda hanya boleh mendengar suaranya di telefon dan melihat wajahnya di monitor. Rasanya seperti mempunyai kekasih dalam bayangan saja.1. Jangan Jadikan Jarak Sebagai Masalah
“Cakap senanglah” pasti ini adalah respon pertama yang akan keluar di fikiran anda ketika membaca ini. Memang sangat susah mendalaminya, tapi bukan bererti tidak mungkin. Kuncinya adalah anda perlu yakin bahawa dialah yang akan menjadi penyeri hidup anda.Bukan bermakna anda tidak realistik, tetapi apabila anda benar-benar yakin pada kekasih anda, anda tidak akan mengizinkan hal remeh seperti jarak mematahkan perasaan dan keyakinan anda.








2. Kepercayaan Di Atas Segalanya
Ketika anda sudah mempunyai keyakinan bahawa kekasih anda adalah benar-benar seseorang yang dikirim Tuhan untuk menjadi pendamping hidup anda nanti, berikanlah kepercayaan kepadanya. Kepercayaan pada kekasih adalah sebuah hal yang paling utama agar sebuah hubungan boleh berjalan dengan lancar, apatah lagi hubungan yang dihadkan oleh jarak. Elakkan prasangka buruk terhadap kekasih anda kerana dugaan dan prasangka buruk hanya akan memberi kesan buruk pada perasaan anda dan hubungan anda berdua.3. Komunikasi sangat penting
Dalam sebuah hubungan jarak jauh, komunikasi adalah yang paling utama dalam hubungan anda. Tanpa komunikasi, hubungan anda berdua tidak akan mempunyai kekuatan diteruskan. Selalu luangkan masa anda untuk berkomunikasi dengan kekasih anda. Jika anda ingin hubungan anda berjaya, anda harus berusaha. Tetapkan masa untuk anda berdua berkomunikasi, misalnya antara jam 9-11 malam sebelum anda tidur, dan sediakan waktu itu hanya untuk anda berdua. Ingatlah bahawa hubungan bererti sebuah komitmen dan komitmen hanya akan dipenuhi dengan usaha. Apalagi dengan kecanggihan teknologi masa kini: telefon bimbit, webcam, dan sambungan internet yang memudahkan anda berdua untuk saling kenalan satu sama lain melalui sms, chatting, telefon, dan video call. Semuanya tersedia, pertanyaannya adalah bagaimana anda menggunakannya?4. Carilah Aktiviti Untuk Mengisi Masa Anda Atau Buat Hobi Sendiri Sahaja . 
Menjalani LDR bermakna anda tidak boleh terus bergantung kekasih anda untuk selalu menemani anda. Ada kalanya masa anda berdua tidak sama, dan anda bosan sendirian ketika kekasih anda sedang sibuk di sana. Elakkan hal seperti ini terjadi dengan mencari kegiatan positif untuk mengisi masa anda sendiri. Ajaklah teman-teman atau saudara anda untuk keluar makan bersama, pergi ke karaoke, atau sekadar berjalan-jalan. Buatlah hobi anda seperti pergilah ke gym atau salon, membaca buku, mendengar muzik, menonton filem, membersihkan bilik, atau apapun yang boleh mengalihkan perhatian anda dari merasa sunyi. Dengan begitu, anda tidak akan merasa kesepian.7. Elakkan Kata Putus Dalam Pertengkaran
Pertengkaran akan menjadi ujian yang lebih sukar dalam percintaan jarak jauh. Kerana dipisahkan jarak, berbagai macam gosip mengenai pasangan anda boleh menjadi isu pertengkaran. Hal kecil saja boleh menimbulkan perdebatan dan boleh berakhir pada pertengkaran. Bagi pasangan yang tidak LDR, pertengkaran boleh segera diakhiri dengan sebuah genggaman tangan dan pelukan yang boleh saling meyakinkan. Pasangan LDR? Mungkin hanya boleh memeluk telefon, atau bantal. Emosi yang meluap-luap yang bisa disampaikan hanya dengan kata-kata mungkin akan membuat anda kecewa dan ingin mengucapkan kata “putus”. Apabila anda begitu emosi, hentikan dulu pembicaraan. Berilah masa sehingga anda berdua tenang dan boleh berfikir dengan baik, baru kemudian berbincang lagi. Ingatlah bahawa putus tidak menyelesaikan masalah, putus hanya bermakna anda menyerah dan lari dari masalah anda.#Bersadarkan Pengalaman kawan kitorang Sendiri : DSemua hubungan memerlukan usaha supaya berjalan dengan lancar. Menjalani LDR bukanlah sebuah petanda bagi anda berdua untuk berpisah. LDR merupakan salah satu bentuk ujian yang diberikan Tuhan kepada anda untuk melihat seberapa besar anda berdua bererti untuk satu sama lain, dan bagaimana anda bersedia berjuang demi hubungan anda berdua.

#Akhirnya siap jugak post kali nii , jenuh duk perah otak : 3 Enjoy !!







Tiada ulasan: