Kesedaran
Akam Sekitar
Keindahan panorama alam sekitar yang
dinikmati di muka bumi ini akan pudar sekiranya manusia tidak menjaga dan
memuliharanya sebaik mungkin.
Ini kerana, manusia dan alam sekitar
memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian disebabkan ia saling
berkaitan di antara satu sama lain.
Pencemaran dan pemanasan global
adalah antara yang memberi kesan buruk pada alam sekitar.
Sehubungan itu, alam sekitar
perlulah dijaga dan dipelihara demi kesejahteraan sejagat, dan atas dasar itu,
Genting Malaysia Berhad dengan kerjasama Rakan Alam Sekitar melalui Jabatan
Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menganjurkan program Love Our Nature – Rakan Alam Sekitar Junior
Explorer, baru-baru ini.
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan
hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian
daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian
kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa
dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti
pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di
negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan
tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan
kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan
kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar.
Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan
yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih
membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan
oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan
dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang
ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini,
kesihatan manusia akan terjamin.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan
fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem
yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air.
Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam
kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan
air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan
peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk
penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan
ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga
yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil
seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan
alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan
yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat
penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan
tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam
mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain,
Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau
sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan
kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan
cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan
fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan..
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang
dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat
meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai
perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..
Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan
penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di
samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang
baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan
pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga
yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan
demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan
mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan
kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit
dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah
penting.
Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong
untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat
menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong
ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan
pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang,
pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang
perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan
kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan
tanggungjawab masyarakat.
Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan
memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh
pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan
1 ulasan:
Assalam.. kesedaran terhadap alam sekitar adalah asas kesihatan ummah.. T kasih diatas perkongsian.. done follow sini ye :)
Catat Ulasan