Leave a text ^^

Jumaat, November 15

Apa boleh buat ?

Cuti panjang dah start ni , Kitorang masih lagi terfikir apa lah yang boleh buat untuk mengisi masa lapang kami ? takkan nak tidur , makan and then tidur balik ? Impossible . 

Okay , antara aktiviti yang korang boleh buat masa waktu lapang ialah -->


1. MEMBACA

Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang. Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan, kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku agama atau motivasi.



2.MENANAM POKOK HIASAN

Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik. Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.



3.BERIADAH

Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu diutamakan.



4.MENZIARAHI KELUARGA DAN SAUDARA-MARA

Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita 
lakukan pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan        hubungan kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.



                                                                  - Sekian -



Tiada ulasan: